Perlindungan Daripada Bahaya
Haiwan mempunyai ciri-ciri khas untuk melindungi dirinya daripada bahaya dan daripada musuh.
- Mempunyai tanduk tajam
- Mempunyai sisik keras
Sesetengah haiwan mempunyai kelakuan khusus untuk melindungi diri daripada musuh.
- Memancutkan dakwat hitam
- Menghasilkan bau busuk
- Memutuskan ekor / segmen
- Mempunyai sengat atau taring berbisa
Boleh mengeluarkan bisa. Bisa ini boleh membawa kesakitan atau kematian kepada musuh.
- Menggulungkan badan
- Mengubah warna kulit atau penyamaran
Boleh
mengubah warna kulit atau menyamar mengikut warna dan corak pada badan
yang hampir menyerupai keadaan sekeliling apabila dalam keadaan bahaya.
Hidup Dalam Cuaca Melampau
Haiwan hidup
dalam pelbagai habitat. Sesetengah haiwan hidup di habitat yang
mempunyai cuaca yang melampau, sama ada sangat panas atau sangat sejuk.
Bahagian kutub bumi merupakan kawasan yang paling sejuk. Haiwan-haiwan
yang tinggal di sana mempunyai ciri-ciri dan kelakuan khas untuk
melindungi diri daripada cuaca sejuk. Haiwan yang hidup dalam cuaca yang
sejuk adalah seperti beruang kutub, penguin, singa laut, walrus,
musang artik dan ikan paus.
- Berbulu Tebal
Beruang kutub dan musang artik mempunyai bulu tebal. Bulu yang tebal ini bertindak seperti selimut untuk memerangkap lapisan udara yang akan menghalang haba terbebas ke persekitaran.
- Lapisan Lemak Yang Tebal
Singa
laut, walrus, ikan paus dan penguin mempunyai lapisan lemak yang tebal
di bawah kulit. Lapisan lemak berfungsi sebagai penebat haba untuk
mengurangkan kehilangan haba ke persekitaran dalam iklim yang sejuk.
- Berhibernasi
Beruang, ular, cicak dan katak tidur sepanjang musim sejuk untuk mengurangkan penggunaan tenaga.
- Berhijrah
Sebelum ketibaan musim
sejuk, sesetengah haiwan seperti burung layang-layang dan angsa akan
berhijrah ke kawasan yang lebih panas. Tabiat ini dapat mengelakkan diri
mereka daripada cuaca terlalu sejuk di kawasan asal mereka. Selain itu,
kesukaran untuk mendapatkan makanan pada masa itu juga menyebabkan
haiwan berhijrah. Dengan berhijrah, mereka tidak akan mati kelaparan
atau kesejukan.
Cuaca melampau boleh menjelaskan
aktiviti haiwan. Dalam cuaca panas, masalah utama yang dihadapi oleh
haiwan ialah kehilangan banyak air. Oleh itu, haiwan mempunyai ciri-ciri
dan kelakuan khas bagi melindungi diri daripada cuaca panas.
- Unta mempunyai bonggol pada belakangnya untuk menyimpan makanan dan air bagi membolehkannya hidup di gurun yang sangat panas dan kering.
- Badak berkubang dalam lubang lumpur semasa cuaca panas.
- Musang gurun mempunyai telinga yang panjang. Ciri ini membolehkan haba terbebas daripada badan dengan mudah.
- Kebanyakan haiwan gurun menyorok di tempat teduh atau di dalam lubang bawah tanah pada waktu siang untuk berlindung daripada cuaca yang panas terik. Haiwan ini akan keluar mencari makanan pada waktu malam.
Kesimpulannya, setiap haiwan mempunyai ciri-ciri khas dan berkelakuan khusus untuk membolehkannya terus hidup.
Pertahanan Semula Jadi Tumbuhan
Tumbuhan mempunyai ciri-ciri khas untuk melindunginya daripada musuh.
- Pokok buluh, tebu, bendi, daun labu dan buah kiwi mempunyai bulu halus yang boleh menyebabkan kegatalan.
- Pokok kaktus, bunga ros, buah nanas dan durian mempunyai duri untuk melindungi dirinya.
- Cendawan dan cerbera manghas menghasilkan bahan beracun untuk melindunginya daripada dimakan.
- Pokok betik dan keladi menghasilkan cecair bergetah untuk menghalangnya daripada dimakan.
- Daun pokok semalu akan tertutup apabila disentuh.
Penyesuaian Terhadap Alam
Tumbuhan mempunyai ciri-ciri khas untuk melindunginya daripada cuaca yang kering.
- Pokok keladi mempunyai daun berlilin yang kalis air dan boleh mengurangkan kehilangan air.
- Pokok pisang menggulungkan daunnya semasa cuaca panas.
- Pokok kaktus mempunyai daun halus berbentuk jarum untuk mengelakkan banyak kehilangan air. Pokok kaktus juga mempunyai akar yang panjang membolehkan mencari air jauh ke dalam tanah.
Tumbuhan juga mempunyai ciri-ciri khas untuk melindunginya daripada angin kuat.
How about adding bergetah
ReplyDeleteYang badak sumbu tu,tu sumbu bukan tanduk
ReplyDelete